Sakit Lutut – Senaman lutut bagi merawat Osteoarthritis


Memiliki kesihatan lutut yang baik sangat penting. Apabila kita sering dilanda sakit lutut yang berterusan, kualiti hidup kita akan terjejas. Kita tidak akan lagi selesa untuk berjalan, berlari, melakukan kerja harian, beriadah, sehinggakan untuk menunaikan ibadah solat juga terganggu. Ketidak selesaan ini semuanya akan berlaku, jika kita tidak menjaga lutut kita dengan betul.

Punca sakit lutut dan cara rawatan lutut sudah saya tekankan di post sebelum ini. Di post ini saya akan tekankan lebih mengenai cara-cara senaman yang disaran oleh pakar lutut untuk diamalkan oleh pesakit lutut. Tips Senaman yang saya kongsikan ini merupakan senaman yang biasa dipraktiskan di hospital dan juga therapist.

Sakit lutut mungkin tidak boleh pulih sepenuhnya dengan hanya senaman tetapi kasakitannya boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa senaman khas/tertentu.

Antara senaman-senaman yang disaran untuk diamalkan oleh pesakit lutut :

1. Static Quads

sakit-lutut-static-quads

Senaman sakit lutut – Static Quads

Cara senaman ini dilakukan dengan meletakkan tuala kecil, pada bawah pelipat lutut, kemudian secara perlahan-lahan tekan kan bahagian bawah lutut seadanya, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

2. Straight Leg Raise ( SLR)

Senaman sakit lutut - Straight Leg Raise

Senaman sakit lutut – Straight Leg Raise

Caranya tegangkan hujung pergelangan kaki (ankle), kemudian dengan kaki yang penuh lurus angkat kira-kira satu jengkal sahaja, sebab kalau anda angkat lebih anda tak akan rasa keberkesanan senaman ini. Tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

Senaman ini kalau anda dapat lakukan sebaik mungkin konfirm kaki akan rasa ringan serta akan mengurangkan tahap sakit pada lutut.

3. Side SLR

Senaman sakit lutut - Side SLR

Senaman sakit lutut – Side SLR

Tukar Posisi Badan ke tepi, lakukan cara yang sama seperti SLR tadi dan petua nak bagi senaman ni effective, kaki kena sentiasa tegak dan pejal maksudnya penuh dengan kontraksi otot, tahan dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x

4. Hip Prone SLR

Senaman sakit lutut - Hip Prone SLR

Senaman sakit lutut – Hip Prone SLR

Anda cuma perlu tukar posisi meniarap sahaja, cara nya tetap sama angkat kaki dalam anggaran sejengkal, dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x.

5. Adductor Rise

Senaman sakit lutut - Adductor Rise

Senaman sakit lutut – Adductor Rise

Ianya merupakan senaman yang penting kalau anda nak kuatkan seluruh struktur lutut anda. Caranya baring mengiring, kemudian angkat kaki dalam anggaran sejengkal, dalam posisi kaki yang tegak dan pejal selama 5-10 saat dan diulang kembali sebanyak 10x-15x

6. VMO strengthening

Senaman sakit lutut - VMO strengthening

Senaman sakit lutut – VMO strengthening

Caranya letakkan bantal, bola, gumpalan tuala diantara celah peha anda kemudian secara perlahan lahan tekan kearah dalam dan tahan 10-15 saat, lakukan dan ulangi sebanyak 15-20x.

Setiap pesakit ditekan kan buat senaman ini untuk menguatkan otot VMO yang memainkan peranan penting didalam membantu alignmentkan tempurung lutut anda.

Tips

Anda boleh mulakan senaman dengan tuamkan tuala panas pada lutut dalam lingkungan 10 minit kemudian terus lakukan senaman, dan apabila senaman selesai tuamkan dengan ais bagi mengurangkan simptom bengkak atau sakit yang mungkin boleh terjadi selepas senaman.

Pastikan anda tidak lupa untuk sapu Joint Gelling Ledum Plus sebelum atau selepas bersenam untuk mendapat rawatan lutut yang lebih berkesan.

Kesimpulan

Dalam proses senaman macam ni kadang-kadang memang ada rasa sengal-sengal pada otot peha, tapi apa ada hal sambil bersenam cuba sapu Joint Gelling Ledum Plus konfirm hilang sengal-sengal tu tambahan pulak produk ni memang sesuai untuk merawat masalah sendi lutut.

Kite tengah sakit die suruh bersenam pulak..gile ke ape? Jangan jadikan alasan ini untuk anda berhenti melakukan. Bak kata pepatah mat salleh “No Pain No Gain”.

Jadikan senaman ini sebagai suatu yang konsistant dan percaya pada diri, jangan harap keajaiban berlaku serta merta, setakat buat 1-2x lepas tu harap sembuh serta merta memang tak akan berlaku. Buat dengan penuh sabar dan yakin, InsyaAllah dalam tempoh 3 ke 6 minggu anda akan mula merasakan kaki anda mula rasa ringan dan semakin kurang ketat.

Percayalah insyaAllah kaki kita akan mula terbiasa dengan senaman ini dan secara automatiknya akan jadi kuat kerana kita mencuba menguatkan struktur otot-otot yang menyokong tulang lutut kita ini.

Selamat mencuba dan moga sihat sentiasa!


Kongsi jika info ini bermanfaat




Post Berkaitan