Rawatan sakit lutut paling berkesan


Rawatan sakit lutut perlu dilakukan lebih awal sebelum ianya menjadi lebih kronik. Seeloknya mencegah lebih baik daripada merawat kerana lutut merupakan anggota badan yang sangat bernilai. Ia membantu kita bergerak, berjalan, berlari, naik tangga dan sebagainya. Jika alami sakit lutut, akibatnya kita sukar untuk melakukan aktiviti harian. Sakit lutut biasanya menyerang golongan orang yang berusia, tidak terkecuali juga terkena kepada golongan muda yang aktif bersukan, berat badan yang berlebihan.

Kebanyakan rakyat Malaysia mengalami masalah sakit lutut. Kenapa ianya berlaku? Persoalan ini akan kami huraikan secara terperinci di post ini agar masyarakat kita sentiasa menjaga lutut mereka dengan cara yang betul dan selamat.

Rawatan sakit lutut perlu dilakukan dengan segera agar ia tidak terus melarat bagi yang mengalami masalah ini. Golongan muda dinasihatkan agar jangan ambil remeh tentang masalah ini kerana anda juga berisiko mengalami masalah ini dimasa akan datang kelak. Jadi teruskan membaca tips-tips rawatan sakit lutut di bawah ini agar kesihatan anda terus terpelihara.

Rawatan Sakit Lutut

Rawatan sakit lutut boleh dilakukan dengan mengurangkan beban pada sakit itu terlebih dahulu agar ianya tidak berlanjutan dan menjadi lebih kronik.

  • Elak daripada bergerak secara berlebihan dan rehat dengan cara duduk sekejap tetapi jangan duduk terlalu lama pula kerana otot akan menjadi lemah sekaligus memburukkan lagi keadaan sakit lutut.
  • Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak pada lutut.
  • Mengambil ubat penahan sakit jika terasa amat sakit pada lutut.
  • Mengambil ubat jenis glukosamines dan chondroitin agar dapat memulihkan kondisi rawan bagi mengelakkan ianya bertambah teruk.
  • Memulihkan otot-otot paha dan betis dengan rawatan fesioterapi agar ia dapat melaraskan pergerakan lutut dengan sempurna.
  • Menyuntik pelincir tiruan (Hyaluronic Acid) untuk membantu melincinkan kembali pergerakan lutut.
  • Guna tongkat jika ada rasa sakit pada lutut. Jangan malu menggunakannya kerana ia dapat membantu meringankan kesakitan yang dialami.
  • Rawatan akurpunktur, teknik rawatan tradisional terkenal cina. Ia adalah rawatan tusukan jarum halus pada beberapa titik tumpuan tubuh bagi mengurangkan sakit lutut yang dialami.
  • Jangan menggunakan kasut yang ketat dan keras kerana ia memberi tekanan dan bebanan pada lutut.
  • Minta nasihat pada pakar perubatan seperti doktor dengan segera jika baru sakit lutut agar rawatan awal itu sempat membantu mengelakkan kemudaratan pada masa akan datang.

Rawatan Sakit Lutut Dalam Pemakanan

Piramid makanan dalam rawatan sakit lutut

Piramid makanan dalam rawatan sakit lutut

1) Makanan Bergoreng & Makanan Diproses Perlu Dikurangkan   

Para penyelidik dari Mount Sinai School of Medicine telah mengkaji pencegahan penyakit melalui pemakanan. Keputusan analisis menunjukkan bahawa ‘kurang’ mengambil makanan bergoreng dan makanan siap diproses seperti ayam goreng dan makanan sejuk-beku, boleh mengurangkan keradangan dan benar-benar membantu memulihkan sistem pertahanan semula jadi badan.

Apa yang boleh anda lakukan: Kurangkan jumlah makanan yang digoreng dan diproses yang anda makan dan banyakkan lagi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet anda.

2) Turunkan Paras Toksin A.G.E Kita

AGE tidak merujuk kepada berapa umur anda. Tetap ianya adalah Advanced Glycation End Produk (AGE), sejenis toksin yang muncul apabila sesuatu makanan itu dipanaskan, dipanggang, digoreng atau dipasteur.AGE akan merosakkan protein tertentu dalam badan. Tubuh akan cuba memusnahkan AGE ini dengan menggunakan cytokines iaitu ejen yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammatory). Bergantung di mana tempat terbentuknya AGE, sebagai contoh di mana-mana bahagian sendi, ia akan menyumbang kepada radang sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Satu kajian pada 2009 mendapati bahawa mengurangkan jumlah makanan dimasak pada suhu yang tinggi dalam diet kita berpotensi boleh membantu mengurangkan paras AGE.

3) Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Seperti yang telah dibincang sebelum ini, jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan.

Apa yang boleh anda lakukan: Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti gula-gula, makanan kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit artritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya kerana paras gulanya yang tinggi.

4) Kadar Pengambilan Produk Tenusu Perlu Dirombak

Produk tenusu boleh menyumbang kepada sakit sendi disebabkan oleh sejenis protein yang terkandung di dalamnya. Menurut Physicians Committee for Responsible Medicine, protein ini boleh mesesetengah individu merasa rengsa pada tisu disekeliling sendi. Sesetengah penghidap artiritis berjaya menghindarkan perkara ini dengan mengelak dari mengambil produk tenusu.

Apa yang boleh anda lakukan: Cuba elakkan pengambilan protein daripada sumber daging dan tenusu dan gantikannya dengan sumber daripada sayur-sayuran seperti bayam, tauhu, kacang, kekacang dan sebagainya.

5) Sudah-Sudahlah Dengan Tembakau Dan Alkohol Itu!

Pengambilan tembakau dan alkohol berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah menjejaskan sendi kita. Peluang perokok tegar sangat cerah untuk diserang sakit sendi jenis rheumatoid. Manakala mereka yang ketagih alkohol mempunyai risiko tinggi untuk mendapat gout.

Apa yang boleh anda lakukan: Sendi yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang, aktiviti fizikal, dan jumlah rehat yang cukup. Semua yang boleh dicapai dengan mengurangkan pengambilan alkohol dan penggunaan tembakau. Hentikan sahaja tabiat buruk itu. Pilihlah gaya hidup sihat, senaman konsisten dan tidur yang berkualiti.

6) Apa Lagi Kalau Bukan Tentang Garam & Bahan Pengawet

Penting untuk tahu kandungan garam dan bahan pengawet dalam makanan kita. Banyak makanan mempunyai kandungan garam dan pengawet berlebihan. Tujuannya supaya tahan lebih lama. Bagi sesetengah orang, garam berlebihan boleh menyebabkan radang dan risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan garam dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.
Apa yang boleh anda lakukan: Baca label untuk mengelakkan bahan pengawet dan garam berlebihan. Kurang garam boleh membantu anda menguruskan artritis. Walaupun penyediaanya mudah, makanan yang dipanaskan oleh gelombang ketuhar sering tinggi dengan kandungan garam.

7) Gantikan Minyak Jagung Dengan Minyak Zaitun

Banyak makanan yang dipanggang dan makanan ringan mengandungi jagung atau minyak jagung. Walaupun ianya sedap, namun minyak jagung boleh mencetuskan keradangan. Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi omega-3, boleh membantu dengan menghilangkan rasa sakit sendi.

Apa yang boleh anda lakukan: Gantikan makanan yang mengandungi omega-6 asid lemak dengan sihat dan bersifat anti-radang serta kaya dengan omega-3 seperti minyak zaitun, kacang, dan lain-lain.


Kongsi jika info ini bermanfaat




Post Berkaitan