Punca Sakit Sendi(Arthtritis)


Punca sakit sendi terjadi selalunya berpunca dari aktiviti harian kita dan faktor umur. Sakit sendi memang sinonim di kalangan warga emas, Tetapi pada zaman sekarang orang muda juga tidak terlepas daripada sakit sendi seperti wanita hamil, orang yang bekerja kuat dan sebagainya.

Di seluruh dunia, berjuta-juta orang mengalami masalah tulang dan sendi. Lebih separuh penghidap penyakit sendi kronik adalah di kalangan warga tua. Perkataan “arthritis” bermaksud “radang sendi” iaitu sendi yang sakit, terasa bisa bila disentuh, mungkin kemerahan, membengkak yang dikaitkan dengan kehilangan fungsi.

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan. Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan.

PUNCA SAKIT SENDI/ARTHTRITIS

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal Saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.

  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki.
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya).
  • Penyakit sendi seperti arthritis.
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit).
  • Penyakit tulang.
  • Ketumbuhan.
  • Jangkitan kuman.
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya.
  • Penyakit kronik.
  • Ubat-ubatan.
  • Berat badan berlebihan.

SIAPA YANG BERISIKO SAKIT SENDI?

Disebabkan penyakit ini melibatkan pergerakan sendi, punca sakit sendi biasanya dialami oleh pesakit yang berisiko mengalami sakit tulang rawan iaitu :

  • Atlet sukan yang banyak menggunakan pergerakan sendi.
  • Individu yang mengalami obesiti.
  • Individu yang mempunyai masalah lemah otot peha sejak kecil.
  • Individu yang sudah berusia.
  • Individu yang sering mengangkat barang-barang berat.

JENIS-JENIS ARTHTRITIS

Terdapat dua jenis arthritis yang umum iaitu Osteoarthritis dan Rheumatoid arthritis.

1) Osteoarthritis

Punca sakit sendi osteoarthritis

Punca sakit sendi – Osteoarthritis

Osteoarthritis, yang merupakan “kehausan” arthritis. Punca sakit sendi ini disebabkan oleh kerosakan jaringan tulang rawan.

Punca sakit sendi ini disebabkan dari kemusnahan rawan yang melindungi sendi-sendi. Biasanya menyerang golongan usia emas juga mereka yang menggunakan sendi-sendi secara maksimum (orang kerja kuat dan orang yang terlebih berat badan). · Sendi-sendi yang biasa sakit adalah pinggang, lutut juga tulang belakang.

Gejala Osteoarthritis

  • Bengkak juga sakit pada sendi-sendi pinggang, lutut, tulang belakang, siku, juga pada hujung-hujung jari.
  • Sakit dicelah-celah sendi.
  • Pergerakan menjadi terbatas, jika berlarutan rawan akan musnah.

2) Rheumatoid arthritis

Punca sakit sendi - Rheumatoid Arthritis

Punca sakit sendi – Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis, yang merupakan jenis peradangan arthritis yang terjadi ketika sistem kekebalan tubuh tidak bekerja dengan baik.

Sakit pada sendi-sendi jari juga pergelangan tangan. Sendi lain yang terlibat adalah bahu, lutut dan kaki. Memerlukan rawatan awal, bagi mengelakkan kecacatan.

Gejala Arthritis Rheumatoid

  • Bengak pada banyak sendi, dan berbentuk bersimetri.
  • Kaku di awal pagi.
  • Sakit yang datang dan pergi, berulang-ulang.
  • Sendi tak bergerak normal.
  • Kelihatan merah dan rasa panas pada sendi.
  • Terasa mencucuk-cucuk pada hujung badan.
  • Otot menjadi kaku jika terlalu lama pada satu-satu posisi.

Kongsi jika info ini bermanfaat




Post Berkaitan