Damia Aqua Facial Gel

Damia Aqua Facial Gel

RM40.00

Category:
Dapatkan Sample Tester

Atau hubungi 011-11123572 (Wan Huzaifah - Whatsapp available)

Daftar sebagai ahli sekarang untuk dapatkan 10% diskaun dan free pos untuk setiap pembelian online.!

Kegunaan Damia Aqua Facial Gel

kegunaan amat sesuai untuk :

Menyelesaikan masalah jerawat.
Menyelesaikan masalah panau.
Meratakan warna kulit tidak sekata.
Menyelesaikan masalah kulit kering.
Menghilangkan kesan jeragat.
Menghilangkan bintik hitam.
Menghilangkan parut luka.

Kehebatan Kandungan Damia Aqua Facial Gel

Damia Aqua Facial Gel Shea Plus mengandungi Shea Butter sebagai asas bahan utama yang sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Bagi memenuhi tujuan kecantikan dan kesihatan kulit, Damia Aqua Facial Gel Shea Plus diperkayakan dengan 4 lagi herba terbaik yang membantu menguatkan lagi keberkesanan produk ini iaitu Lavander, Almond, Aleo Vera Glysiren, dan Tea Tree.. Untuk mengetahui kebaikan herba-herba yang terkandung dalam produk ini sila teruskan membaca di bahagian bawah ini.

  • Info mengenai Shea Butter


    Shea Butter

    Salah satu kandungan yang umumnya terdapat dalam produk kecantikan adalah Shea Butter. Apa itu Shea Butter? Shea Butter adalah lemak semula jadi yang diekstrak dari buah pohon Shea. Tanaman ini umumnya banyak tumbuh di padang rumput Afrika Barat. Shea butter amat dikenali kerana manfaatnya yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

    Kebaikan dan manfaat Shea Butter

    Melembapkan kulit - Shea butter telah lama dikenali sebagai pelembap semula jadi kerana dapat menghasilkan minyak yang sama yang biasa dihasilkan oleh kelenjar minyak yang melincirkan kulit. Ini akan membuat kulit anda menjadi lebih lembut dan lentur.
    Menyembuhkan masalah kulit - Shea butter juga mempunyai kemampuan sebagai penyembuh semula jadi untuk pelbagai jenis penyakit kulit seperti ekzema, ruam, noda, bintik-bintik gelap dan bekas luka di kulit. Shea butter juga boleh menyembuhkan kesan parut karena mengandung vitamin E, A, dan F yang mampu membantu melembutkan kulit kering dan membuat kulit jadi lebih halus dan tetap terhidrasi.
    Anti-bakteri - Ini adalah salah satu manfaat shea butter yang sangat baik untuk kulit. Maka dari itu, shea butter sering digunakan untuk menyembuhkan luka atau luka bakar pada kulit, serta menyembuhkan bekas gigitan serangga.
    Meratakan warna kulit - Jika anda mempunyai warna kulit tidak sekata akibat pendedahan kepada cahaya matahari, anda boleh menggunakan shea butter untuk meratakan warna kulit anda..
    Pelindung matahari semula jadi - Shea butter juga dikenali sebagai pelindung matahari semula jadi yang boleh anda gunakan sebelum pergi melakukan aktiviti luar. Ini kerana Shea Butter mengandungi vitamin A yang berfungsi untuk menyembuhkan kerosakan kulit dan vitamin D yang berfungsi memperbaharui sel-sel kulit mati.
    menegangkan kulit - Shea butter boleh membantu memperbaharui sel-sel kulit dan menjaga tahap keanjalan kulit. Ia juga boleh menegangkan kulit kerana shea butter mengandungi kolagen yang mampu menegangkan kulit dan selalu membuatnya tetap segar dan muda.
  • Info mengenai Aloe Vera



    Aloe Vera mengandungi lebih 200 komponen aktif antaranya vitamin, mineral, asid amino, enzim serta lemak asid malah sudah digunakan masyarakat dunia sebagai terapi untuk kesihatan sejak lebih 5,000 tahun lalu.

    Aloe Vera juga mampu mencantikkan dan menyihatkan kulit serta merawat masalah seperti jerawat, luka kecil, psoriasis, gigitan serangga, melecur dan memudarkan parut yang masih baru. Ini kerana ia bertindak seperti penawar yang bukan saja dapat melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan, malah mempercepatkan proses penyembuhan.

    Kebaikan dan manfaat Aloe Vera untuk kulit

    Sebagai pelembab - Popular digunakan sebagai pelembap oleh wanita yang menggunakan mineral make-up secara berkala, Aloe Vera sangat sesuai digunakan pada wajah. Menggunakan Aloe Vera pada kulit sebelum mengenakan make-up boleh mencegah kulit daripada kekeringan.
    Merawat jerawat - Aloe Vera mempunyai sifat antimikrobial yang membunuh bakteria dan ciri-ciri anti-radang yang mengurangkan keradangan kulit. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi dengan minimum parut. Aloe vera adalah pelembab tetapi tidak memberi kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak.
    Membantu melawan masalah penuaan kulit - Semua orang mula bimbang tentang kemunculan garis dan kehilangan keanjalan pada kulit wajah. Vitamin C dan E yang terkandung dalam Aloe Vera boleh memperbaiki kulit kita secara semulajadi dan menjaga kulit kita dari terhidrat.
    Merawat selaran matahari - Aloe Vera juga bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit dan membantu menambah kelembapan. Apabila kulit terhidrat, maka ia akan pulih lebih cepat daripada selaran matahari.
  • Info mengenai Almond



    khasiat Almond sudah dikenal sebagai satu bahan rawatan kecantikan yang sudah tidak diragukan lagi. Almond pada awalnya ditemui sebagai kacang-kacangan yang sering dibuat sebagai bahan tambahan untuk pembuatan makanan. Namun seiring berjalannya waktu, Almond kemudian diolah dan diambil minyaknya. Berikut merupakan manfaat almond bagi rawatan kecantikan.

    Kebaikan dan manfaat Almond

    Membuat Kulit Sihat - Kulit yang bermasalah boleh diatasi dengan kacang almond. Kulit kering, bersisik, kusam dan pelbagai masalah kulit boleh diatasi dengan kacang almond. Mengambil kacang almond secara teratur juga boleh membuat kulit menjadi awet muda. Kandungan vitamin E di dalam kacang almond juga bermanfaat untuk meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit. Vitamin E di dalam kacang almond boleh mencegah kerosakan kulit akibat pendedahan kepada sinar UV yang menyerang kulit.
    Menghaluskan Kulit - Almond yang telah dibuat menjadi minyak almond bermanfaat untuk melicinkan kulit. Kandungan minyak kacang almond mengandungi mineral dan juga asid lemak esensial yang bagus untuk kulit.
    Mengangkat Sel-Sel Kulit Mati - Kulit mempunyai sel-sel kulit mati, sel-sel kulit mati tersebut boleh membuat kulit kelihatan kusam. Kandungan minyak di dalam kacang almond boleh bermanfaat untuk mengangkat sel-sel kulit mati sehingga membuat kulit kelihatan lebih bersinar. Anda boleh mengambil kacang almond atau menggunakan minyak kacang almond sebagai hand body untuk mengangkat sel-sel kulit mati..
    Melembapkan dan melicinkan Kulit - Kandungan vitamin E yang ada di dalam kacang almond bermanfaat untuk melembabkan kulit. Mengambilnya secara teratur boleh mencipta kulit yang lembab. Kulit akan mengalami kerosakan akibat sinaran matahari dan mengalami tanda-tanda penuaan. Minyak almond boleh digunakan sebagai pelembab kulit untuk melembutkan dan menghaluskan kulit. Dalam "Complementary Therapies In Clinical Practice" edisi Februari 2010, menyebutkan bahawa minyak almond berkemampuan untuk memberi nafas baru dan melicinkan kulit sehingga dapat meningkatkan warna kulit.
    Meredakan Iritasi Kulit - Banyak perkara yang dilakukan oleh tubuh dan melibatkan kulit secara langsung, sehingga membuatnya terdedah terhadap iritasi seperti gatal-gatal, bengkak, tompok kemerahan yang akhirnya akan menyebabkan psoriasis dan ekzema disebabkan keradangan pada kulit, kemerahan dan ruam gatal tersebut. Minyak almond boleh mengurangkan keradangan dan iritasi yang berkaitan masalah tersebut.
    Menyingkirkan Sel Kulit Mati - Kulit yang kelihatan kusam biasanya disebabkan sel-sel kulit mati, kerana faktor luaran seperti pencemaran, kotoran, peluh, dan sebagainya. Almond boleh digunakan untuk mencerahkan kulit kembali dengan menyingkirkan sel kulit mati tersebut.
    Mengatasi Kedutan - Kandungan minyak herba seperti minyak almond juga mampu mengurangkan kedutan pada wajah. Kandungan vitamin A dan B yang membantu menangani masalah kedutan, juga banyak terkandung dalam Almond.
  • Info mengenai Lavender



    Kebaikan dan manfat Lavender

    mencegah keradangan jerawat - Menurut pakar kulit dan aromatherapists, lavender adalah salah satu daripada tumbuhan yang paling bermanfaat dalam rawatan jerawat. Lavender berfungsi sebagai antiseptic sehingga dapat mencegah timbulnya keradangan pada kawasan yang jerawat.
    Merawat luka dan calar - Lavender mempunyai manfaat anti-bakteria dan boleh diguna untuk merawat luka dan calar. selain itu, lavender mempunyai ciri-ciri antiseptik yang kuat bagi membantu meningkatkan pertumbuhan sel, dan dengan itu memudahkan penyembuhan luka dengan cepat dan mempunyai ciri-ciri antimikrob untuk melindungi luka daripada jangkitan.
    Aids Dalam Rawatan Ekzema - Tumbuhan ini mempunyai keupayaan untuk melegakan gatal-gatal dan mengurangkan gejala-gejala ekzema. Ia boleh mengurangkan kesakitan pada kawasan kulit dengan menambah kelembapan, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.
    Sebagai penyahtoksin Kulit - mengandungi antioksidan kuat yang boleh melawan kesan-kesan bahaya pencemaran pada kulit. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Kolej Howard Perubatan, Washington, DC, ia telah mendapati bahawa lavender adalah salah satu daripada beberapa pati yang kuat untuk menghalang pertumbuhan bakteria kulit.
    Menyembuhkan kesan terbakar - Ciri-ciri antiseptik dan anti-radang lavender amat bermanfaat dalam penyembuhan luka bakar, dan juga membantu merawat parut yang disebabkan oleh mereka (atau parut yang disebabkan oleh kecederaan). Di samping itu, lavender juga bertindak sebagai pelega kesakitan.
    Sebagai Toner - merangsang peredaran oksigen dan nutrisi ke sel-sel kulit, ini dapat membantu dalam menjaga sel-sel sihat dan meningkatkan proses pembaharuan mereka.
  • Info mengenai Tea Tree



    Tea Tree Oil pertama kali digunakan di Australia sejak dulu lagi, bagi tujuan menyembuhkan calar dan luka. Namun sekarang, mendapati bahawa Tea Tree Oil mempunyai pelbagai manfaat lain terutama dalam hal kecantikan. Tidak hairanlah mengapa produk kecantikan ketika ini terlalu banyak yang mengunakan ekstrak Tea Tree untuk kegunaan pencuci muka, dan produk kecantikan lain. Antara manfaat Tea Tree pada kulit ialah :

    Kebaikan dan manfaat Tea Tree

    Mengurangkan jerawat – Tea Tree melawan pengeluaran bakteria jerawat, dan juga mengurangkan pengeluaran sebum kulit sehingga membuat kulit lebih tidak berminyak dan tidak terdedah kepada jerawat. Ini adalah ubat semula jadi yang baik, kerana tidak menimbulkan kesan sampingan dengan mengupas kulit dan menimbulkan warna kemerahan pada kulit.
    Menghidrasi kulit – Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, mengurut dan menerapkan Tea Tree Oil membantu untuk melembapkan kulit yang kering. Tea Tree Oil membuat kulit menjadi lembut dan lentur, dan juga menambah sinar pada kulit.
    Merawat jangkitan kulit – Kerana sifat anti bakteria dan anti kulat, Tea Tree Oil cukup berkesan dalam merawat dan menyembuhkan pelbagai jangkitan kulit, terutamanya kutil dan kurap.

Kelebihan & keistimewaan Damia Aqua Facial Gel

Perbezaan Damia Aqua Facial Gel dengan produk yang lain ialah :

Diperkaya dengan khasiat dari Shea Butter sebagai asas bahan utama dan bahan-bahan sampingan seperti lavender, Almond, Aloe Vera, dan Tea Tree bagi tujuan membantu dalam penjagaan kulit dan menyelesaian masalah kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Tidak melekit dan berminyak. Tiada kesan sampingan akan ditingalkan selepas anda sapu pada tubuh anda, ianya akan diserap serta merta ke dalam tubuh anda.
Tiada bahan kimia. 100% herba!

Sukat Kandungan & Cara Guna

Sukat Kandungan : 30ml

Cara Guna : Selepas cuci muka, keringkan muka dan sapu di seluruh wajah atau ditempat masalah dan biarkan sehinga kering tak perlu dibilas. Seeloknya sapu pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Share jika produk ini membawa manfaat pada anda

Testimoni dari pelangan kami


Description

Damia Aqua Facial Gel Shea Plus diperbuat dari bahan terpilih dengan Shea Butter sebagai asas bahan utama. Bahan-bahan lain ialah lavender, Almond, Aloe Vera, dan Tea Tree.

Keistimewaan Damia Aqua Facial Gel :

Diperkaya dengan khasiat dari Shea Butter sebagai asas bahan utama dan bahan-bahan sampingan seperti lavender, Almond, Aloe Vera, dan Tea Tree bagi tujuan membantu dalam penjagaan kulit dan menyelesaian masalah kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
Tidak melekit dan berminyak. Tiada kesan sampingan akan ditingalkan selepas anda sapu pada tubuh anda, ianya akan diserap serta merta ke dalam tubuh anda.
Tiada bahan kimia. 100% herba!

Gel ini amat sesuai untuk membantu dalam penjagaan kulit dan menyelesaian masalah kulit. Produk ini digunakan untuk menghilangkan bintik hitam, parut luka, warna kulit yang tidak sekata, jerawat, jeragat, panau, kulit kering, dan boleh digunakan sebagai pelembab.

Kandungan : 30ml

Cara guna : Selepas cuci muka, keringkan muka dan sapu di seluruh wajah atau ditempat masalah dan biarkan sehinga kering tak perlu dibilas. Seeloknya sapu pada waktu pagi, tengahari dan malam.

Additional information

Weight30 g

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Damia Aqua Facial Gel”

Your email address will not be published. Required fields are marked *